Wednesday, 15 February 2012

Tragedi Syria yang orang ramai terlepas pandang

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)
PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

Saturday, 11 February 2012

Penghina Rasulullah di Twitter ditangkap di Malaysia !


Hamza Kashgari (23) ialah seorang pentwitter yang dikehendaki kerajaan Arab Saudi kerana dikatakan menulis Tweet yang dikatakan menghina Rasulullah. Beliau menulis 3 tweet pada hari keputeraan Rasulullah ahad lalu yang berbunyi seperti dibawah;

On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you.

On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more.

On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more.

Kerana 3 tweet diatas beliau menerima 30 000 balasan tweet berbau ancaman bunuh. Beliau kemudian diburu di Saudi dan berjaya melarikan diri ke Malaysia. Beliau berhenti di Malaysia sebelum merancang untuk mendapat suaka politik di New Zealand. Malang bagi beliau apabila ditahan pihak Polis Diraja Malaysia dan kemungkinan besar beliau akan diekstradisikan semula ke Saudi untuk dijatuhkan hukuman bunuh. Beliau sudahpun dikatakan murtad oleh golongan ulama Saudi dan di Saudi hukuman murtad ialah BUNUH. 

Kerajaan Malaysia masih belum mengeluarkan kenyataan sama ada akan mengekstradisikan beliau atau tidak. Tetapi as we all know what Saudi wants Saudi gets. Kalau kerajaan kita gagal mengikut kehendak mereka ada chance kuota Haji rakyat Islam Malaysia akan dikurangkan. I mean they already did it to Iranians and Libyans before right? 


Friday, 10 February 2012

Hackers dedahkan 50 password yang biasa digunakan... BEWARE !!!


Kumpulan Gnosis pernah melancarkan serangan hacker berprofil tinggi pada rangkaian yang paling popular di dunia blog. Mereka mendakwa bahawa telah hack 1.3 juta password pengguna, 188,279 telah ditunjukkan kepada orang ramai. Ini adalah 50 password popular yg terlalu “lemah”. check it out~


klik untuk tumbesaran

Untuk mengelakkan blog atau laman web sosial anda seperti facebook korang kena hack, jgn la pakai password yg mudah-mudah. Pakai la password yg “strong”. Strong maksudnya password korang tu adalah gabungan huruf dan nombor. Contohnya akudan375, nak hack password yg guna gabungan huruf dan nombor lebih susah. Jadi kalo sebelum ni korang tak pikir sgt soal password korang, lepas baca entry nie hati-hati la.


Thursday, 9 February 2012

Cover lagu Ombak Rindu paling best...Siapakah gerangan penyanyi muda ini???

Assalamualaikum... Dah lame giler tak update blog ni, dah bersawang dah, haha... Ini semua gara-gara password blog dan email hilang  masing-masing terlampau sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang sememangnya tidak patut ditangguhkan dahulu, haha.. Ok, taknak citer panjang, agak-agak korang kenal tak penyanyi ni?? budak ni ade iras-iras sape agaknye?? hehe...

Friday, 6 January 2012

9 Makhluk Paling Lama Hidup Di Dunia


Jeanne Louise Calment : 122 Tahun
Jeanne Louise Calment merupakan wanita paling lama hidup di dunia. Dilahirkan pada 21 Februari tahun 1875 dan meninggal dunia pada 4 Ogos 1997, wanita Perancis yang memegang rekod manusia paling lama hidup di dunia disahkan dalam sejarah, hidup dengan umur 122 tahun 164 hari mengatasi kedua-dua anak perempua dan cucunya. Bapanya pula meninggal pada usia 94 tahun manakala ibunya meninggal pada usia 86 tahun. Gen Calment Madame mungkin telah menyumbang kepada umurnya yang panjang. Menurut beberapa laporan berita, dia adalah orang terakhir yang bernasib baik dapat bertemu dengan Vincent Van Gogh, pelukis terkenal yang dikatakan telah melawat kedai kain bapanya pada tahun 1888.
George Si Udang Karang : 140 Tahun
Sebuah restoran di New York cukup bertuah kerana dapat menawarkan udang karang yang paling matang yang pernah ditangkap pada menu mereka. Dilahirkan pada tahun 1869 tahun yang sama sebagai orang-orang yang terkemuka, seperti Perdana Menteri Britain, Neville Chamberlain dan pelukis Perancis Henri Matisse, George si udang karang gergasi  telah diambil dari air berais Atlantik. Pengurus restoran Seafood Crab City , yang membeli George dengan harga $ 100 (£ 68) berkata bahawa usia udang karang boleh dianggarkan melalui berat, dengan berat yang semakin meningkat kira-kira satu paun bagi setiap 7-10 tahun hidup. Namun George bernasib baik, selepas hak asasi haiwan organisasi PETA menerima berita dan berjaya memujuk tuan kedai makan Park Avenue untuk melepaskan George kembali ke dalam laut.
Kerang Geoduck : 160 Tahun
Diiktiraf sebagai kerang air masin yang besar yang boleh dimakan dengan tempurung selama enam inci dan leher yang menjangkau sehingga kira-kira empat kaki, geoducks adalah spesies asli Barat Laut Pasifik Amerika Syarikat dan kawasan pantai British Columbia, Kanada. Pasaran geoduck kebanyakannya yang berpusat di Asia dan berkembang di Amerika Syarikat sebagai industri sushi Amerika telah mencetuskan peningkatan dalam permintaan domestik untuk makanan istimewa makanan laut yang kelihatan ganjil. Hidup dalam lumpur di laut , geoduck tertua dicatatkan berusia 160 tahun, tetapi secara purata mereka hidup di antara 140 dan 160 apabila tidak diburu oleh pemangsa atau dimakan oleh manusia.
Ikan Paus Bowhead : 211 Tahun
Digelar, ‘orang-orang tua laut’ oleh wartawan Amerika Syarikat, ikan paus bowhead  adalah mamalia yang tertua di Bumi yang hidup secara purata antara 100-200 tahun. Salah seekor ikan paus didokumenkan telah hidup umur selama 211. Dengan mengesan perubahan dalam asid amino dalam kanta mata mereka, ahli-ahli sains mampu untuk menganggarkan umur  ikan paus bowheads. Ahli biologi Craig George mendapati kunci kepada kewujudan mereka yang lama. Beliau berkata: “persekitaran sukar ikan paus bowhead – daya tahan air sejuk, makanan yang banyak tersedia untuk mengekalkan jisim badan yang hebat, sistem yang berkesan untuk penyimpanan lemak dan satu mekanisme yang cekap untuk senantiasa hangat. Tekanan hidup di perairan Artik boleh memupuk pertumbuhan perlahan ikan paus. Pada masa lalu, ikan paus bowheads telah diburu dan hampir mengalami kepupusan.
Ikan Koi : 226 Tahun
Koi adalah sejenis  ikan kap biasa yang disimpan untuk hiasan di dalam kolam batu dan kolam buatan, terdapat jenis yang diketahui berusia lebih daripada 200 tahun. Salah satu vertebrata yang hidup paling lama pernah dicatatkan, ‘Hanako’ yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Pembantu Rumah Bunga’ adalah bukti bahawa wanita hidup lebih lama berbanding lelaki. Seekor Ikan Koi betina dari Jepun mati pada usia 226 tahun pada tahun 1977. Dilahirkan pada 1751, 25 tahun sebelum kemerdekaan Amerika.
Kura-Kura : 255 Tahun
Jangka hayat yang panjang kura-kura telah dikaitkan dengan kadar metabolisme reptilia yang perlahan . Pakar yang membuat kajian haiwan r metabolik yang tinggi mati awal, dan orang-orang yang membakar tenaga lebih perlahan boleh hidup selama beberapa dekad. Laporan dalam media sering mendakwa bahawa kura-kura tertua di dunia telah mati – mengambil Harriet dan Tu’I Malila sebagai contoh, yang masing-masing mati pada usia 175 dan 188 tahun.
Tetapi, Addwaita, kura-kura yang hidup di Bengal adalah dianggarkan telah berusia sekitar 255 apabila ia mati menjadikan ia hanya kura-kura yang di sekitar masa Revolusi Amerika. Umur telah disahkan dengan teknik yang dipanggil karbon dating, mengesahkan Addwaita sebagai salah satu makhluk tertua zaman moden.  Hidup Addwaita berakhir apabila cengkerang beliau retak dan luka beberapa bulan sebelum kematiannya ditambah pula kegagalan hati pada Mac lima tahun yang lalu.
Kerang Quahog : 410 Tahun

Merupakan salah satu makanan laut istimewa yang direkodkan. Pada tahun 2007, spesimen kerang telah dijumpai di luar pantai Iceland. Dengan penggerudian melalui kerang dan mengira setiap cincin, Islandica Arctica didakwa spesies haiwan yang paling lama hidup yang pernah direkodkan oleh penyelidik di Bangor University. Digelar ‘Ming’ sempena dinasti China yang memerintah, kerang Quahog tersebut  dianggarkan berusia antara 405 dan 410 tahun lamanya. Malangnya,  Ming mati kerana ia semasa dalam proses penyelidikan.
Antarctic sponge : 1550 Tahun
Kelihatan sepeti span spesis ini berkembang sangat perlahan dalam Lautan Antartik yang dianggarkan berusia lebih 1550 tahun lamanya. Walaupun ia mungkin kelihatan lebih seperti tumbuhan namun ia boleh bergerak, saintis mendapati span ini sebagai makhluk yang hidup dengan kurang melakukan senaman dan pertumbuhan yang sangat perlahan menyumbang kepada jangka hayat yang panjang.
Turriptosis Nutricula : Tiada Jangka Hayat.
Ini makhluk yang luar biasa seperti obor-obor mendahului senarai sebagai makhluk paling lama hidup di dunia dari segi tidak mempunyai had semula jadi untuk jangka hayat. Spesis unik ini dianggap sebagai haiwan abadi dalam dunia biologi, menurut ahli biologi marin di Institut Smithsonian Tropical Marine di Florida.
Turriptosis Nutricula berasal dari air garam suam laut Caribbean, haiwan ini juga telah dikesan jauh dari habitat asalnya di Sepanyol, Itali, Jepun, dan Panama Atlantik dalam masa kebelakangan ini kerana ia adalah pemikiran mereka senyap menyerang lautan dengan melampirkan diri mereka tangki air balast kapal. Jadi apakah rahsia anti-penuaan? Makhluk laut telus kecil, iaitu kira-kira saiz kuku, boleh tumbuh semula seluruh tubuh berkali-kali melalui proses yang dipanggil ‘transdifferentiation’ kerana ia mampu untuk menghidupkan satu jenis sel ke dalam yang lain.

Beca Kereta Mewah di China

Beca luar biasa seperti sebuah kereta mewah pada bahagian tempat duduk penumpangnya. Ini sekaligus melihatkan becanya lain daripada lain malah jauh berbeza daripada beca yang biasa kita lihat
Related Posts with Thumbnails

Beca Kereta Mewah Di China (4 Gambar) | Seorang penarik beca di China telah mencipta sebuah beca yang kelihatan seperti sebuah kereta mewah pada bahagian tempat duduk penumpangnya. Ini sekaligus melihatkan becanya lain daripada lain malah jauh berbeza daripada beca yang biasa kita lihat. Kat bawah ni 4 gambar untuk anda saksikan. 







Melayukini. - Sekali lihat, dah macam beca limosin pun ada juga. Rekabentuk ini sememangnya dicipta untuk memberikan keselesaan maksimum kepada pelanggan. Yang paling penting, kereta mayat boleh mengingatkan kita tentang kematian dan oleh itu, dapat menambahkan lagi amal ibadah kita dan mencegah kita dari kemungkaran.

Thursday, 5 January 2012

Download link Songlap (2011) DVDRip Mediafire


Genre: Action | Drama
Runtime: 96 min
User Rating: 7.8/10 (7 users)
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: None

DOWNLOAD


credit to kuryu